Ryujin Juwara
Ryujin Juwara

Ryujin Juwara

Ryujin Juwara ialah drama adiwira tokusatsu Malaysia pertama yang diadaptasikan dari siri tokusatsu Jepun; Ryujin Mabuyer. Ia merupakan hasil kerjasama antara syarikat produksi Malaysia, Double Vision Sdn Bhd, Yomiuri-TV Enterprise Ltd. (Japan) dan Mabui Stone Corporation (Japan). Drama bersiri 26 episod ini telah menjalani penggambaran di Okinawa, Jepun dan Malaysia. Mula ditayangkan di TV3 pada 17 Januari 2014 setiap Jumaat jam 7.30 petang. Dibintangi oleh Iedil Putra (Andil/Ryujin Juwara)sebagai watak utama yang bangkit sebagai adiwira untuk mempertahankan batu Mabui yang menjadi simbolik kesejahteraan Kampung Batik.[1]

Ryujin Juwara

Lagu penutup "Go Go Majimun" oleh Chaoi Izghan & Azlym Aziz
Penggubah Masaaki Uechi
Bahasa Bahasa Malaysia
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Joyce Lee
Yuichi Koyano
Toshikazu Sugae
Lagu pembukaan "Ryujin Juwara" oleh Juril Jumali
Penerbit Taro Tomio
Kenji Ebato
Hiroshi Higa
Pemasangan kamera Takeshi Nakasone
Liew Tak Ming
Mohd Razali Ismail
Penggubah lagu tema Masaaki Uechi
Lokasi Malaysia
Okinawa
Julung kali ditayangkan di TV3
Tempoh siaran 20 minit per episod
Siaran asal 17 Januari 2014
Format Tokusatsu
Bilangan episod 26
Rancangan berkaitan Ryujin Mabuyer
Dibintangi oleh Iedil Putra
Faralyna Idris
Fathil Dani
Saluran asal TV3
Dibangunkan oleh Double Vision
Yomiuri-TV Enterprise